Wednesday, January 01, 2014

Hai 2014.

Bismillahirrahmannirrahim...

Selamat datang 2014.
Sila berbaik-baik dengan diriku.
Aku mau untuk menjadi lebih baik di tahun ini.
Walau ini cuma tahun masihi.
Bukan hijrah.
2013 telah memberikan sejuta satu memori indah, pahit, manis, suam kuku, segala-gala lah.

Wahai 2014,
Beri aku oeluang.
Peluang untuk membuat kesilapan yang lebih baik dari semalam.
Peluang untuk menjadi lebih berwarna-warni.
Peluang untuk belajar lebih.
Peluang untuk lebih mencintai diri sendiri agar lebih dekat dan kenal pencipta diri sebelum manusia lain.
Peluang dan peluang. Dan peluang.

2013,
Terima kasih untuk kasih sayangmu.
Terima kasiu untuk pelangi yang mewarna hidupku.
Terima kasih untuk pengalaman yang menjadikan aku manusia.
Terima kasih untuk peluang yang kau beri dan buka.
Yang aku rebut dan aku alpakan dan lupa.
Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment