Wednesday, November 23, 2011

Bila PENAKUT ditarik balik oleh PENAKUT

Beberapa minit yang lalu, twitterjaya kecoh sebentar dengan ceritera yang anugerah Lagu Terbaik AIM yang dirampas Yuna melalui lagu PENAKUT akan ditarik balik. Yuna pun mengiakannya. Sila follow YUNA di twitterjaya kalau tidak percya. 

Yuna Zarai


Sejujurnya, aku x tengok pun AIM baru2 ni. Ok aku tipu. I did watched it actually. Tapi cuma untuk 3o minit pertama. Gila busan dowh AIM tahun ni. Tak lalu aku mau duduk depan tv ngadap AIM tu. I honestly terus g tidur. Bukan sebab Dato Siti Nurhaliza teda yang menyebabkan aku kebusanan tengok AIM tu, tapi memang ada o tanpa Dato CT pun majlis malam tu memang hambar. SO, aku cuma tahu keputusan penuh AIM tu keesokan harinya through OhBulan . Aku terus target untuk tahun Song Of The Year jek.. - Lagu Terbaik. Tuyang aku mau tahu je pun sebenarnya. and I'm glad Yuna menang melalui lagu Penakut tu. Memang lagu tu ohsem. There's something with that song. Memang layak jadi lagu terbaik. But den, aku noticed juga how come Penakut boleh menang tapi tiada menang dalam mana-mana kategori yang berkenaan? SO aku fikir lah juga lagu tu memang terbaik sampai tak perlu menang kategori kecil ut jadi yang terbaik. Which is memang patut macam tu. 

Then hari ni, kecoh seMalaya alkesah penarikan semula award tu. HARHARHARHARHAR serius lawak. boleh pula tarik balik?? gila buruk siku.... Berita awal mengatakan ada kesilapan pengiraan markah penjurian oleh audit. lagi sekali.. HARHARHARHARHAR gila la.... Sungguh menghairankan lagi memalukan. 

Satu perkara lah kan yang aku noticed.. Industri Muzik Malaysia skg sdh lain. Bukan macam dulu. Too much politics I would say. Well, obviously everyone knows siapa Pengerusi RIM.. Aku pernah kot jumpa Enchek Pengerusi tu berkempen untuk PRU beberapa tahun yang lalu. Persetankan hal itu. Yang aku terkilan, kenapa boleh jadi begini? Aku mungkin bukan siapa2 dalam industri. Tapi harus diingat, aku pendengar. Aku pembeli album penyanyi2 tu. Aku punya hak untuk dapat produk yang berkualiti. Bukan produk berpolitik. They said mahu memajukan industri. In what sense they want to do that kalau sistem penjurian sendiri too weak?? I bet orang2 yang berkenaan ni cuma harap makan gaji. Buat kerja, siap, dapat gaji. Last minit pun mampuslah. asal dapat gaji. Paid. Sebab tu kesilapan macam ni boleh jadi. Buat event sikit punya gah kononnya.. Sponsor besar. Tapi takkan kalkulator harga RM15 pun x mampu sedia untuk buat kiraan? Ke dorang ni mengira guna  SEMPOA? Homaigaddddd???? =O

Whatever happen, Yuna deserve a great respect. Dia tidak bersalah. Keberadaan Yuna menerima hakikat (sila rujuk twitter Yuna) saja sudah cukup menunjukkan betapa dia dalam diam kesal dengan apa yang terjadi. Andaikata sekalipun bukan Yuna yang jadi mangsa, even penyanyi Funfair sekalipun... tetap ada rasa kesal. Cuma berharap Yuna tetap akan menghasilkan karya yang berkualiti disebalik rencah politikus yang ada. Hey, aku dengar lagu Yuna years before dia join Mainstream okeh.. I know how good she is. 

Dan Sebenarnya Yuna tidak perlukan orang-orang Penakut untuk maju. 
p/s: Yuna ada degree Lawyer.. mungkinkah akan digunapakai kelebihan itu?? hmmmm.... 

sumber: GUA & Berita Harian

Ada Apa Dengan Rokok?

I was forced (ya, forced!) to fetch my lil bro at the airport last Monday. Mana taknya rasa dipaksa, aku demam okeh time tu.. mau marah mama x sampai ati. bapa pula outstation. So, dengan paksarelanya aku memandulah kereta dengan lajunya dalam keadaan kepala yang amat berat minta di headbanging di stereng. =__=' Kalau aku kena saman speedtrap mampus la. aku tau aku mau cepat. 

So, dipendekkan cerita.. flight sepatutnya smpai 9pm tapi aku terawal 3 minit samapi epot. Yg dijemput pula amatlah lambat keluar dari perut kapal tu. Jadinya terpaksalah aku menunggu lagi. 5 minit pertama menunggu dalam epot, aku gigil. sejuk. padahal baju sikit punya tebal ngan sweaterhuddy ROMP kelabu aku. memandangkan aku demam, tambah lagi kulit senipis bawang.. aku membawa lah diri menunggu di luar epot tu. 

here is the interesting part.. aku baru 2 minit letak punggung duduk di kerusi yang disedia di luar epot tu, tidak kurang dari 5 manusia yang lalu depan aku sambil merokok. lelaki & perempuan & khunsa (lg sopan okeh dari aku sebut Pon).  Hampir sepuluh minit aku duduk di luar tu, ntah berapa puluh manusia merokok yang aku nampak. Worst, ada sorang bapa ni siap boleh merokok depan anak kecil dia. WTF?? =O Then ada la sorang auntie berskirt pendek duduk sebelah aku. Fuhh.. dia hembus asap rokok.. Aku buat2 macho la kononnya duduk silang kaki peluk tubuh sebelah dia.. Bajet konon aku tahan la ngan asap rokok tu. padahal mau mati tahan nafas.. Agaknya dia perasan aku namo lari dari tempat tu, dia pun beranjak lah g jauh dari aku untuk menghembus asap membunuh tu.. Not Bad... atleast dia sedar diri. Bukan macam bapa budak tu. Dia lalu lagi depan aku. kali ni anak tu betul-betul menghadap muka dia yang sedang merokok. Aku tak sanggup tengok arah mana dia hembus.. Nauzubillah.. Kasihan budak itu. 

anti smoke help line - suicide hangman

Aku mengomel pasal rokok ni bukan sebab tunjuk baik konon aku free-asap-rokok selamanya. Aku membesar dalam keluarga yang memang ada perokok tegar. Arwah datuk aku perokok. Pakcik2 aku perokok. Sepupu2 aku perokok. Adik2 lelaki aku perokok. Bapa aku pun kadang merokok di belakang mama aku. Boipren aku pun merokok. See?? betapa aku memang dikelilingi ngan perokok-perokok. This make me think.. Kenapa orang merokok? Kenapa ketagih? Kenapa kempen2 kerajaan tu tiada efek? Kenapa masih juga ramai mau membunuh diri dengan rokok? 

Aku pernah merokok. Sekali. Ya, sekali. Sungguh! Tiada pembohongan di sini. Curiousity menyebabkan aku mencuba. Worst case, berlaku dalam bulan puasa. Ya, aku ponteng puasa dan merokok di bulan puasa. 2x dosa. Tapi, sungguh... itu pertama dan terakhir. Aku tak tahan dengan asap rokok. Tapi aku akui memang sedap masa tarik. So, aku basically faham kenapa orang ketagih merokok. Yang aku tak faham kenapa kerajaan mau berhabis duit buat kempen yang useless? Seriously.. kalau aku memang perokok, aku sendiri tiada rasa kebertaubatan dengan kempen yang di buat. Not that I solely blame Gomen.. tapi, ish.. I didn't really see the good thing behind the ads & kempen2 yang dorg buat. Lebih banyak buang duit dari menginsafkan perokok. Tapi, credit juga lah ut effort. Bagi aku, benda pertama yang perlu dibuat untuk mengurang kan perokok2 ni dari brcambah lebih subur is to know them. Sebab bagi aku, setiap mereka yang mula memegang rokok tu ada cerita. Disebalik sebab pertama mereka pegang rokok tu ada cerita. Dan setiap cerita tu la yang perlu dinilai & di-cure-kan sebelum terus2an buat kempen yang hanya akan dilihat sebelah mata.

smoking is suicide - kellykashcraft


This is solely my honest story & opinion. Don't get butthurt with it. Just get over it. I'm done typing here. Chau.

Sunday, November 20, 2011

Review Marathon 8 #Jerat

Jerat oleh Dayang Noor
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

Jerat. Novel ke 8 FIXI yang paling membunuh jiwa aku. Serius, cakap ni.. aku betul rasa macam mau tembak penulis Jerat ni supaya aku boleh ambil alih tempat dia jadi Dayang Noor. After all, nama aku ngan nama dia lebih kurang juga.... senang kaberline.. ;)

Tapi serius, aku sanggup korbankan wajib lengkap 8 jam masa tidur aku kepada cuma 5 jam semata-mata mau khatam novel ni. Bukan kebiasaannya aku untuk membaca novel on weekdays. Tapi Jerat telah menyebabkan aku tidur jam 3 pagi di hari kerja semata kerana mau tahu apa penghujung dan kesudahan jerat yang disimpul. 2 Sebab aku sanggup belot 8 jam waktu tidur membaca jerat. 1: perempuan IT Geek? sexy okeh. aku dengki. aku cuma takat IT Nerd girl. kurang sexy. 2: aku tau Rizwan dalang d 3 chapter awal, tapi instinct aku meronta bilang ending stori ni semacam. curiosity melampau itulah yang membikin aku berjaga malam ut khatam Jerat.  

Lagi sekali aku cakap, aku betul rasa mau tembak Dayang Noor tu dengan pistol menan aku tu. Aku serius tak dapat imagine yang gadis2 dalam Jerat adalah IT Geek. Cool okeh tengok gadis yang pro hacking.. Aku duduk cari rezeki dalam dunia IT. Aku selalu perasan orang kagum bila tengok aku menggodek pc. Aku selalu dapat tengok ekspersi "waaahh" dari client bila aku dpt solve problem gadget dorg, dan bila aku guna bahasa IT.. Betul buat aku kembang bontot.. Jadi bila membaca Jerat, aku jadi dengki ama Shereen & Tash. Bertambah irihati dengan penulis yang rupanya memamng ada latar belakang IT. no wonder dia boleh bercerita dengan sangat sangat sangat baik guna bahasa IT tanpa perlu membingungkan pembaca dengan bahasa gadget yang merapu.

Last, aku irihati dengan Dayang Noor. 
Jangan risau, tidak akan aku Jerat dia.. tapi mungkin akan tembak dia dengan pistol air itu. =__=

Saturday, November 19, 2011

Review Marathon 7 #Zombijaya

Zombijaya oleh Adib Zaini
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

Zombijaya. Jujur aku tidak punya keikhlasan yang tulus waktu membaca novel FIXI yang satu ini. Satu sebab yang pasti, aku alergik pada Zombi. Serius alergik sampai apa pun yang berkaitan zombi hatta Zombi Kampung Pisang, mahupun Walking Dead yang dipuja ramai itu tidak pernah aku tonton. dan tidak akan! 

tapi kenapa baca Zombijaya? sebab FIXI yang publish. I've told before kan.. aku stalker tegar FIXI. (^__^)

Zombijaya ni 1 yang aku heran, kenapa booleh setebal itu muka surat nya. Walhal cerita itu-itu juga. Zombi makan orang. Survivor berusaha untuk survive. Nipis tetap Nipis. Kerana tebalnya muka surat novel ini, banyak yang aku skip sebenarnya. Duh! tidak lah aku sanggup untuk terus membca bagian2 makan orang ni. Mengimaginasikan betapa dirty nya mulut Zombi dengan muka pucat mata merah gigi taring?? Sorry.. tak kuasa nyah! Alergiknya aku pada Zombi ni sampai perlu spray bilik aku ngan dettol lepas khatam.. Zombi itu kotor. Pembawa penyakit. Bahaya mengalahkan pembawaan penyakit anjing gila yang menggigit. Sila bersihkan diri anda selepas membaca Zombijaya.

Review Marathon 6 #Ngeri

Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong

Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.


Ngeri. Ke-6 dari FIXI yang aku rembat. Pertama FIXI yang aku baca yang penulisnya gadis. Penulis berbangsa cina, tapi tulis novel melayu. Gila Seksi der!!! Tapi aku tak dengki pun sebab BM UPSR-PMR-SPM aku A & A1. ;p


at first aku bingung ngan Ngeri ni. Sebab guna "yahoo messenger" style. Cuma 5 minit pertama ja bingung, lepas tu dh boleh catch up... tapi, macam semat pula kalau guna style cmtu. jarang aku baca novel yang guna style "ym" ni. rasa macam baca buku skrip pentas. ah, aku notice paper novel ni. rona cm kuning2 skit. nice.. better dr yg putih melepak tu. =) 


Ngeri tidak sengeri tajuk. penceritaan dan cara pembunuhan memang ngeri. tapi dek kerana aku terlampau berfikir tym membaca, rasa ngeri tu kabur-kabur. jalan cerita ala-ala CSI, sebab tu aku membaca sambil berfikir. Aku peminat tegar CSI (LV-Miami-NY). Bila menonton CSI, aku x pernah konsentret feel. aku konsentret mencari jawapan seblum tiap episod tu tamat. Aku rasa teruja untuk meneka siapa dalang sebelum tamat & terungkai segala misteri. Sebab tu masa ku baca Ngeri, macam2 posisi aku membaca. kejap kiri, kanan, duduk, tiarap, 69, etc. doggy style aja aku tak bleh buat sebab ini bukan novel Syed Warith-style ;p

Sebagai peminat tegar CSI, aku salute Gina Yap Lai Yoong. Mabeles Ngeri ni. tapi next time, sila lebih hidupkan kengerian & keganasan pembunuhan dengan detail yang lebih kick supaya yang berfikir sambil membaca seperti aku ni masih mampu feel keNgerian itu. Well Done girl! 

Review Marathon 5 #Pecah

Pecah oleh Khairulnizam Bakeri
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

Pecah. 1st of all, ini novel FIXI paling aku admire. Paling aku syok baca. Aku serius admire ngan cara penulisan sang penulis. Amat berima disebalik licik dan sangat "Leverage-style" (sila buka cenel 701-astro) storyline. Klasik-macho-bow tie-polkadot feel. 

Cara penulisan Khairulnizam betul-betul mengingatkan aku pada cara aku menulis masa zaman remaja-tanamanggur dulu. ya, aku suka menulis juga. membaca Pecah membikin nafsu mau menulis semula itu naik. tapi, stim itu hilang bila mengingatkan diri ini yang ada saka malas. =__=

ah, Pecah memang fav aku. bukan setakat gaya penulisan yang menggoda aku semata, tapi storyline Pecah tu sendiri. Kepad mereka yang pernah tengok "Leverage", surely akan rasa fun dan stim minda membaca Pecah. Pecah tidak sesuai di baca mereka yang layan Gossip Girl. Novel ini tiada gossip juga babak senggama amat minimal. Herman dan Lidya dewasa yang bisa mengawal nafsu walau dibiar berdua di rumah. 

Mr Khairulnizam Bakeri, sila lah menulis lagi.. dem I adore ur writing =) 

Review Marathon 4 #Cekik

dan akhirnya hujung minggu tiba. mari sambung marathon tanpa berlari.. 


Cekik oleh Ridhwan Saidi
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.


Cekik. Sebuah novel hasil tulisan mencekik selera oleh Ridhwan Saidi. Ya, novel ini amat mencekik selera aku sebagai wanita normal yang InesenSuciTedaDosa. 


Sebotol losyen di tepi Cekik itu mencerminkan betapa "licin" dan "berlosyennya" Cekik ni. Hahahahaha siapa bawah 13 tahun kompom bingung. Aku masih ingt, masa aku pinjamkan buku ni kat sepupu lelaki aku yang bawah 18 tahun, aku warning siap-siap.. "Jangan stim masa baca". "bodoh" itu dia balas kat aku. (ya, sepupu aku tu memang biadap dengan aku) 

Cekik memang hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Memang mengajak pembaca merasai dan berimaginasi tentang apa itu nafsu, khutbah, tudung dan liwat. Penulis memang berjaya membuahkan giur dalam tiap bait kata-kata yang ditulis. Juga berjaya menghasilkan mual bagi mereka yang tidka pernah kenal apa itu "Video Anwar", apa itu "brokeback mountain". Memandangkan aku sudah pernah khatam ngan Kougar dan Brokeback mountain versi uncut, dapat la juga akukawal kemualan aku. Cuma spoilnya, aku gagal mengadaptasi ke-muda-an si Warith. Mungkin wajar juga, mana taknya baru 16 tahun sudah pandai tangkap ikan paus di kolam renang. Aku rasa Cekik antara novel FIXI yang paling cepat aku khatam sebab kurang tebal. bukan nipis ya, tapi kurang tebal. Which I mean, sangat pendek jalan ceritanya. Mungkin penulis sendiri mual kot mau panjang2 kan stori si Warith.. aku dapat simpul kesudahan cerita jauh lebih awal di hadapan sebelum betul2 khatam.

Kesimpulannya, sampai bila-bila pun aku tak kan guna cara bapa si warith ni menghilangkan rasa pedas.. bodoh. "berlosyen" gila!!! =__=' 


p/s: jangan lupa mandi hadas besar selepas membaca Cekik. 

Saturday, November 12, 2011

Review Marathon 3 #Kougar

Kougar oleh Shaz Johar
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

KOUGAR. Satu lagi novel FIXI yang aku rembat melalui bantuan orang lain. Kali ni atas bantuan Chenta Hati adik aku yang kebetulan masa kejadian ad di belakang KLCC. 

Jujur, sampai penghujung cerita aku bingung apa kaitan Kougar dengan Kisha. Kebingungan aku ni membawa kepada pembacaan kali kedua. Ya, dua kali baca Kougar. Ada part yang aku bingung, jadi aku ulang la baca. Even penulisnya sendiri melalui twitter sajes aku untuk baca semula bila aku terusterang yang aku bingung. 

Aku bingung sebab aku gagal kaitkan Kougar tu sejak dari mula baca. Bila aku amati betul-betul sinopsis di kulit belakang novel ni, baru lah aku faham kenapa Kisha = Kougar. Barulah sesi pembacaan kali kedua aku lancar. Aku kan InesenSuciTedaDosa... mana lah aku faham apa tu Kougar.. Aku mana pernah tengok porn genre MILF. sebab tu tidak terpikirkan oleh aku apa tu Kougar. ;p oh, dan sebab tu ada sebotol asamboi di sisi (gambar).

Jujur aku mual baca ceritera si Kisha ni. Like I said before, aku x pernah tengok MILF.. makanya agak mengembangkan tekak memikirkan Kisha dating dan bersenggama dengan anak ikan. tapi aku agak suka ngan gaya penulisan Shaz Johar ni. Walaupun ini adalah novel pertama, tapi rasa macam pernah jek baca style penulisan dia. Aku suka cara dia menterjemah watak utama - Kisha. Kalau tidak disebut umur, aku serius tidak akan terpikir Kisha tu "an.da.l.usia". Penulis memperlihatkan sisi Kisha seolah-olah Kisha umuran orang baru habis diploma. Sok naif.. ;p which is mungkin itu yang menyebabkan aku blur masa 1st baca.. =__='

-- Dan skg aku tau kenapa aku eksaited mau menunggu second novel shaz johar... stok asamboi aku bertambah sudah --

Review Marathon 2 #Dendam

Dendam Oleh Affifudin Omar
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

DENDAM. Novel kedua dari FIXI yang berjaya aku rembat. Gara-gara Kasino aku mula jadi stalker tegar FIXI.

Sebelum Dendam, aku pernah tahu perihal penulis tu - Affifudin Omar. Aku pernah pegang satu buku ni kt Times. Aku pasti itu adalah hasil tulisan dia. Walau cuma baca sinopsis novel2 terdahulu dia tu, aku on the spot terpikir yang penulis ni seorang yang suka akan konflik. 

Yang akhirnya ke-on-the-spot-an aku tu terbukti ada benarnya selepas membaca Dendam. Aku letak Dendam sebagai ceritera fiksi yang penuh bermacam lubang umpama plug putih dalam gambar. Mana taknya, berapa banyak lubang pun yang Khalil cuba kona masuk, macam mana banyak dan pelbagai emosi dalam ceritera ni, penghujungnya tetap pada satu Dendam itu sendiri. Mambaca Dendam buat aku rasa macam menonton Bersama Mu. Emosi bercampur-campur.

Dari Dendam, aku mula percaya yang ada betulnya kita hanya akan ada hala tuju hidup yang tetap bila berdendam. Tanpa dendam, kita jadi loser. Tunduk dan dipijak. terpulang lah dendam positif atau negatif. Tapi, di pengakhirannya... dendam juga lah yang akan memakan diri which also tetap akan kalah dengan kemaafan. 

-- Dendam bukan novel FIXI fav aku sebab aku butthurt sendiri dengan tema novel ni  =__= seriustidakboong --

Review Maratahon 1 #Kasino

Kasino oleh Saifulizan  Tahir
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

Aku pertama tahu tentang novel ni dari BLOGSERIUS .. Dia promot pasal launching novel ni & 2 lagi novel lain di bawah FIXI. Dan kebetulan la pula aku ikut satu forum film ni yang akhirnya menemukan aku ngan pengasas FIXI yakni Amir Muhammad ... Mau stori mori tapi nanti keluar tajuk la pula.. ;p

So, KASINO. Aku tunggu agak lama novel ni sampai bandar aku, tapi amatlah lambat. Alst2 aku suruh adik aku yang ada d tepi Mid Valley g beli. Eh, tolong beli. ;) Novel pertama FIXI yang aku rembat sebab aku teruja baca 2 bab pertama preview d laman sesawang FIXI. 

Aku serius dapat khatam novel ni within 3 hours. Ok, aku tipu.. 5 jam lebih.. 2 jam lebih dari kebiasaan aku sebab stop kejap untuk buka puasa. Ya, aku baca time bulan puasa. Which is sangat berguna sekurang-kurangnya pahala puasa aku tidak lah hangus sebab tidur petang. Tapi, aku rasa kurang juga tu gara-gara  membaca part2 Dato Narcissus bersenggama. Membaca satu hal, mengimaginasikannya lagi la satu hal! =__='

One thing tentang Kasino, yang menyebabkan aku teruja gila baca sampai almost terlupa buka puasa is that.. dari mula membaca lagi ada seseorang yang aku kenal yang hampir sama dengan watak Dato Mohd Narcissus ni. Seriously. Mungkin FIXI & penulis boleh la bilang ini hanya rekaan & fiksi semata. Tapi mereka harus akui juga yang memang ada manusia semacam Narcissus dalam dunia nyata. But seriously, I've met one.

Solat terjaga, tapi ...
Dapat projek juta-juta dari gomen, which is...
Fly g oversea semata untuk golf..
Ada anjing suruhan macam si Asraf.. 
Duit bukan untuk disimpan dalam dompet..

Kesimpulannya, aku membaca kasino dengan hati sebab pembacaan aku disusuli imaginasi aku yang sebenarnya adalah realiti juga. Mungkin sebab tu aku cepat tangkap dan faham jalan cerita Kasino, tapi hanya dapat teka dan agak penamatnya bila masuk "Hari 13". Membaca Kasino tiada tekanan, malah macam heaven membaca sambil menikmati roti bujang cicah nescafe panas merehatkan perut dari buka puasa. Whatever it is, bagi aku Kasino bukan semata fiksi, tapi juga ada tempias realiti Malaysian. And the cover actually sudah mentafsirkan segalanya.. 

-- Kasino umpama pembuka selera aku pada novel-novel terbitan FIXI. Sebab, bermula dari Kasino la aku mula jadi stalker tegar FIXI. --   

Review Marathon

Dan akhirnya hujung minggu tiba. Sejak "terpaksa" kerja bawah orang ni, hujung minggu la yang aku tunggu-tunggu. Selama kerja sendiri sebelum ni, yakni bertani buah hampir membusuk.. hujung minggu paling aku tekanan. Sebab semua ada kat rumah. Tak aman lena aku. Mimpi pun asyik ada part 2.

Untuk menghargai hujung minggu aku kali ni, aku teruja untuk mereview beberapa novel yang aku berjaya khatam kan since Ramadhan lalu. Review Marathon.

Apahal baru sekarang mau review? Suka hati aku lah. =__='

Lek.. aku rindu mengkritik novel2 yang aku baca sbenarnya. Sebelum ni ada makhluk jahanam yakni MALAS menompang bahu aku. Tertunda la segala-galanya. Faham saja lah. Saka MALAS ni susah mau dibuang. Aku berjaya buang pun buat masa sekrg baru 25%. Hampir hujung tahun dah kan... faham-faham aja la..... ;p

Sebelum aku mula pas baton untuk memulakan review marathon ni, sukacita diumumkan bahawasanya aku mempunyai hak mutlak lagi konkrit ke atas semua gambar yang aku guna sepanjang mereview ini. Kepada yang berintensi mau merogol atau menculik, sila perkhabarkan terlebih dahulu. Harap maklum.

--- "Why is that Monday so far from Friday, but Friday was so close to Monday?" ---

Friday, November 11, 2011

Mimpi Separuh Basah

Damn. Bodoh punya tajuk. Tapi, tu ja la tajuk yang terlintas di kepala hotakkuningsederhana aku.

Seorang sahabat lama aku dengan seronoknya bercerita perihal mimpi dia pada aku di suatu hujung minggu. Sahabat ini kenalan yang sangat lama. Berkawan dengan dia sejak zekolah rendah. So called Guy Bestfriend aku lah kononnya.

What happen was, he openly admit to me alkesah dia mimpi pasal aku. Which den membawa kepada detail mimpi itu yang aku sendiri tidak sanggup taip. Not that I dont used to such romantic thingy, tapi untuk berada di dalam mimpi itu bersama dia???? Hells yeah it disgust me!!!! Aku tau dia memang ada hati kat aku. Dia sendiri ngaku okeh, bukan aku buat cerita angkat bakul sendiri.. Tapi, tidak la juga bermakna aku akan seterbukanya menerima cerita dia kan?? Damn.

Serius terasa terhina sebentar. Am not proud to be in that kind of dream okeh. Shit. KILL ME NOW!!!!!

Jatuh Cinta On The Spot


Harharharhar Jatuh Cinta On The Spot. Aku 1st time dengar sebab terbaca status mukabuku adik aku. I wonder how was it feels... mungkinkah sama dengan perasaan Jatuh Cinta Pandang Pertama?? wait?? do I even believe on such thing?? Nah.... yeah I do.. (^__^)

Duh... aku gadis normal okeh.. wajar lah kalau pernah merasa perasaan jatuh cinta.. tapi untuk jatuh cinta pandang pertama, aku sendiri x ingat. hahahaha well, as I said.. aku gadis normal.. biasa lah kalau mata bundar terlebih bila tengok jejaka kachak.. at least aku x terliur okeh tengok perempuan.. as I said...... aku gadis normal..

Tapi, aku rasa aku faham la juga perasaan dan maksud both situations.. FAHAM okeh.. bukan benar MERASA. beza itu.. sila alert.

Here is my opinion.. aku rasa most of us had our love at first sight when we were young. by young I mean, soooo young.. paling koman masa sekolah rendah. atau kalau untuk mereka yang gatal lebih, mungkin seawal tadika. masa tu, perasaan paling paling paling jujur dan ikhlas aku rasa.... ya la. budak apa sangat taunya? bukan tau pun saiz tetek paling sedap apa, panjang punai paling macho berapa, etc. yang dilihat masa tu, sama ada perihal kechomelan lawan pasangan tu atau pun baiknya hati dan pintarnya dia.. this is what I saw okeh.. ada la sekali aku tanya budak darjah 3 ni, kenapa dia suka budak perempuan yang berkenaan. "dia baik hati & pandai". 

ah, terus teringat iklan Merdeka Petronas. ala, yang budak Cina tu kena tanya pasal budak perempuan yang dia suka tu... (gambar)   

Which then, make me think yang Jatuh Cinta On The Spot lebih banyak berlaku di zaman sudah akil baligh. Berapa ramai la sangat antara kita yang betul-batul jatuh cinta bukan sebab luaran? Beza dengan zaman kanak-kanak, kita tengok gadis/teruna sebab chomel. ya, luaran. tapi, bila sudah akil baligh... kita tengok luar yang jauh lebih dalam.. hahahahaha bangang juga ayat aku ni. ;p well, u kow what I mean.. 

"Saya suka tengok senyuman awak.. really?? ke awak suka tengok bibir saya?? mesti awak rasa cm besh jek kalau dapat gigit kan?? " get what I mean??????? =__='

What ever it is, terpulang la pada individu.. lain orang, lain yang dia rasa. Aku suka coklat, belum tentu aku suka nigga. Selera kita manusia ni bermusim. Datang hidayah, pandai la tu bawa diri ke tempat sepatutnya. Bila Shaitonnirojim berbisik... wallahualam. Pulang balik pada diri sendiri.. sejauh mana kita ikhlas menyanyangi sesorang itu walau hanya disebabkan jatuh cinta on the spot. coz i believe in "tak kenal maka x cinta". unless memang sudah itu jodohnya. 

ok i'm off. lapar membuatkan aku mengarut sampai keluar tajuk. =__='

Wednesday, November 09, 2011

Review : Satu Jam Saja

Finally I got time to do this. 

Aku sempat menonton film Indonesia - Satu Jam Saja hujung minggu lalu. Orang sambut raya haji, aku duk umah sepuasnya merehatkan diri. hehehe

Sinopsis Satu Jam Saja by Sinopsis-box-office

Film Satu Jam Saja (Satu) ini dibintangi oleh artis cantik revalina s temat (gadis), Andhika Pratama (Hans) dan Vino G Bastian (Andika)


Sebuah persahabatan bisa hancur hanya dalam sekejap saat sebuah pengkhiatan menghampiri ikatan yang sudah lama terjalin itu. Adalah Gadis (Revalina S Temat) yang menjalin asmara dengan Hans (Andhika Pratama). Kebahagian yang terjalin tiba-tiba hilang saat Gadis hamil akibat perbuatan Hans. Terkejut dengan berita kehamilan Gadis, bukannya bertanggung jawab atas perbuatannya Hans akhirnya lari dan menghilang.



Dalam keadaan tak menentu, kehadiran Andika (Vino G Bastian) yang menyukai Gadis sejak lama ternyata memberikan jawaban atas penderitaan Gadis. Andika siap mengambil tanggung jawab yang seharusnya dipikul oleh Hans. Walau mengetahui gadis tidak mencintainya, Andika tetap yakin dengan keputusannya itu.



Kehidupan rumah tangga yang seharusnya bahagia, ternyata berjalan hambar karena Gadis tidak kunjung mencintai Andika. Konflik pun semakin menarik saat Hans kembali hadir di tengah-tengah Gadis dan Andika untuk bertanggung jawab atas perbuatannya terhadap Gadis. Intrik serta permasalahan silih berganti hadir saat Andika dan Hans memiliki cara yang berbeda untuk menyelesaikan masalah Gadis.

There goes the synopsis.
Jalan cerita agak ringkas dan sebenarnya juga biasa dilihat menjadi drama. Kalau di Malaysia, memang kompom masuk slot drama TV3 Sabtu 10pm. ;p

Persetankan keringaksannya. Sejujurnya, aku tertarik menonton film ini awalnya karena latar film ini. Rumah yang dorang Andhika & Gadis tinggal lepas nikah tu contonhnya mengingatkan aku pada rumah dalam film "Hatiku Bukan Pualam". Rumah teman baik si Gadis juga amat amat sangat eye catching. aman & "alami".. *oh, juga karena soundtrack film ini "Satu Jam Saja" which originally sang by Audy. Lagu yang punya sejarah dalam hidup aku.. =( 

Seperkara yang merimaskan aku, dialog berulang si Andhika perihal "gagal menjaga Gadis". Serius, karena ayat itu, hampir saja aku percaya yang awalnya both tu kapel. Till one scene yg Andhika gtao pasal Gadis dr dulu suka Hans. Dan di situ la juga aku sdh dapat agak kesudahan cerita. And there goes I lied.. didn't actually expect Gadis pun akan sama meninggal bersama puteranya. but, ya... at least Andhika got his happiness as a husband before she died. 

"dika.. aku kedinginan, peluk aku" <-- damn. serius aku tersentuh masa Gadis cakap ni while Hans overheard it. That was seriously gonna kill Hans inside..  

overall, film ini santai tetapi pembawaan emosi oleh "Andhika" harus dipuji. Vino memang terer kalau berlakon bawa emosi berat. Selalu saja menjadi. untuk merehatkan minda di hujung minggu sambil layan emosi, film ini memang buat aku rasa pilihan film hujung minggu aku tepat dan berbaloi. 

Bintang: 3.5/5

Trailer Satu Jam Saja - Official trailer


Kundasang 2011 - Suatu Minggu Bersama Sahabat

Nothing much to say. Just enjoy the video. 

dear friend, zillion thanks for the great week.. (^__^)

Stompin 3 Sabah - Borneo Beach Music 2011

  Stompin Sabah akhirnya masuk tahun ke-3 penganjuran. 2011 menyaksikan sedikit kelainan dengan tema penganjuran "Borneo Beach Music". Karena itu ofkos la di buat di Beach, yakni Pantai. Karena keglemerannya sebagai pantai-wajib-singgah di KK, Tanjung Aru menjadi lokasi penganjuran. serius sesak. bukan sesak ngan manusia, sesak parking!!! Tg.Aru bukan banyak parking pun.. at the end, nekad berani mati aku angan adik aku parking di parking "haram". bajet jam 11pm mustahil la kan ada pak polisi mau saman.. PhuketTailand!! kena saman juga!! celakes! mampus la.. bukan aku peduli pun. hahaha dalam setahun teda saman memang nda sah. so, normal la tu setakat saman parking. (^__^)

This is actually my first Stompin Sabah visit. Tahun-tahun sebelum ni aku x beminat. Alim lagi tym tu. ;p . Tahun ni zalim sikit sebab niat ati bukan untuk terkinja-kinja pun. Tapi untuk ambil video. <-- alasan paling celakes. ;p

But I did actually shoot few there. Busannya la juga sebab the event was all about Battle of The Band aja malam tu. Which is really not my thingy. Zaman kolej dulu layan la juga, skg dah busan. <-- macam betul ja kunun. ;p

Here is the video.. TembakGigil's 1st attempt of shooting & making her own Tembak Gigil... Enjoice......


Gadgets: Canon 500D with 50mm Lens. 

p/s: masa aku kt kolej dulu, pernah la sekali kawan aku ni gaduh ngan so called bf dia.. the bf called her "beaches" instead of bitch. mau tak mati tahan gelak si kawan ni.. sebab si kawan ni mmg fluent BI. tp credit ut c bf la jg ut percubaan itu..