Saturday, November 12, 2011

Review Marathon 2 #Dendam

Dendam Oleh Affifudin Omar
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.

DENDAM. Novel kedua dari FIXI yang berjaya aku rembat. Gara-gara Kasino aku mula jadi stalker tegar FIXI.

Sebelum Dendam, aku pernah tahu perihal penulis tu - Affifudin Omar. Aku pernah pegang satu buku ni kt Times. Aku pasti itu adalah hasil tulisan dia. Walau cuma baca sinopsis novel2 terdahulu dia tu, aku on the spot terpikir yang penulis ni seorang yang suka akan konflik. 

Yang akhirnya ke-on-the-spot-an aku tu terbukti ada benarnya selepas membaca Dendam. Aku letak Dendam sebagai ceritera fiksi yang penuh bermacam lubang umpama plug putih dalam gambar. Mana taknya, berapa banyak lubang pun yang Khalil cuba kona masuk, macam mana banyak dan pelbagai emosi dalam ceritera ni, penghujungnya tetap pada satu Dendam itu sendiri. Mambaca Dendam buat aku rasa macam menonton Bersama Mu. Emosi bercampur-campur.

Dari Dendam, aku mula percaya yang ada betulnya kita hanya akan ada hala tuju hidup yang tetap bila berdendam. Tanpa dendam, kita jadi loser. Tunduk dan dipijak. terpulang lah dendam positif atau negatif. Tapi, di pengakhirannya... dendam juga lah yang akan memakan diri which also tetap akan kalah dengan kemaafan. 

-- Dendam bukan novel FIXI fav aku sebab aku butthurt sendiri dengan tema novel ni  =__= seriustidakboong --

1 comment:

  1. dah baca novel ni tapi tak terfikir plak kesimpulannya macam ni.

    ReplyDelete