Saturday, November 19, 2011

Review Marathon 4 #Cekik

dan akhirnya hujung minggu tiba. mari sambung marathon tanpa berlari.. 


Cekik oleh Ridhwan Saidi
Sinopsis boleh baca DI SINI . Shopping beli terus pun boleh.


Cekik. Sebuah novel hasil tulisan mencekik selera oleh Ridhwan Saidi. Ya, novel ini amat mencekik selera aku sebagai wanita normal yang InesenSuciTedaDosa. 


Sebotol losyen di tepi Cekik itu mencerminkan betapa "licin" dan "berlosyennya" Cekik ni. Hahahahaha siapa bawah 13 tahun kompom bingung. Aku masih ingt, masa aku pinjamkan buku ni kat sepupu lelaki aku yang bawah 18 tahun, aku warning siap-siap.. "Jangan stim masa baca". "bodoh" itu dia balas kat aku. (ya, sepupu aku tu memang biadap dengan aku) 

Cekik memang hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Memang mengajak pembaca merasai dan berimaginasi tentang apa itu nafsu, khutbah, tudung dan liwat. Penulis memang berjaya membuahkan giur dalam tiap bait kata-kata yang ditulis. Juga berjaya menghasilkan mual bagi mereka yang tidka pernah kenal apa itu "Video Anwar", apa itu "brokeback mountain". Memandangkan aku sudah pernah khatam ngan Kougar dan Brokeback mountain versi uncut, dapat la juga akukawal kemualan aku. Cuma spoilnya, aku gagal mengadaptasi ke-muda-an si Warith. Mungkin wajar juga, mana taknya baru 16 tahun sudah pandai tangkap ikan paus di kolam renang. Aku rasa Cekik antara novel FIXI yang paling cepat aku khatam sebab kurang tebal. bukan nipis ya, tapi kurang tebal. Which I mean, sangat pendek jalan ceritanya. Mungkin penulis sendiri mual kot mau panjang2 kan stori si Warith.. aku dapat simpul kesudahan cerita jauh lebih awal di hadapan sebelum betul2 khatam.

Kesimpulannya, sampai bila-bila pun aku tak kan guna cara bapa si warith ni menghilangkan rasa pedas.. bodoh. "berlosyen" gila!!! =__=' 


p/s: jangan lupa mandi hadas besar selepas membaca Cekik. 

No comments:

Post a Comment