Friday, December 09, 2011

Review : Ombak Rindu


Aku malas letak sinopsi & link trailer mubi ni. Go gugel sendiri okeh. Kate film box ofc takkan nya susah mencari.. 

Jujur aku boring tengok movie ni. I don't blame e movie. Aku blame diri aku sendiri. Siapa suruh aku baca novel OR ni sebelum g tengok film. Siapa suruh aku baca banyak sangat review sebelum g panggung. Siapa suruh aku cek trending twit Malaysia.. Ya, aku salah kan diri aku. Aku expect terlamau tinggi bila sampai dapat penghasilannya adalah amat mengecewakan jiwa dan raga. 

Bilang lah aku pembelot filem Melayu, filem tempatan sebab lebihkan filem luar berbanding local. Lantaklah. Aku beli tiket. Aku ada hak ebrsuara. 

Ombak Rindu (OR) tidak menepati ciri-ciri mabeles yg dibesar2kan manusia d luar sana. Do they even really watch e film? 

Persetankan kejanggalan aku akan perbezaan novel & filem OR ni. Itu memang nyata. Dimaafkan. Here are things yang buat aku frust tengok OR..

1) Sedih aku dengar cara Izzah baca Yasin. Cantik & merdu suara dia ngaji.. memang tidak dinafikan.. kena pula dia jadi ustazah ajar ngaji di kampung. Ok, fine.. Yang aku sedih dia kan ustazah, kenapa tajwid tidak "semerdu" bacaan? Rakaat menyebut Yasin itu sendiri biarlah "merdu" dan tepat.. Kamu kan Ustazah mengaji wahai Izzah..  
Jangan balas aku dengan bilang Maya Karin mungkin tidak begitu pandai mengaji. No! Mustahil itu. Dia muslimah. AKu yakin dia pandai mengaji. Kalaupun dia tidak begitu hebat bab tajwid, dia tentu tau akan ada scene ngaji ni.. I bet mesti dia buat homework supaya sebutan dan tajwid betul.. Paling tidak pun Tuan Pengarah xkan lah x perasan ada kejanggalan dalam bacaan dia.. 

2) Why on earth la Enchek Haris ynag kaya raya dan segak bergaya itu tidak memakai stokin?? Serius Janggal tegok lelaki kaya raya, macho, bergaya, kereta mewah, hensem pakai kot putih tiba-tiba berkasut cantiknampakmahal telah tidak emakai stokin. Apakah itu????? =O 

3) Baju Wafi amat melucukan aku. Nampak gila perut & pusat dia gegar-gegar masa laju-laju turun tangga tu.. Kasihan Julia Z tu.. Department baju salah saiz baju eh? ;p

4) Scene Izzah & Mila di sawah.. boleh nampak la pula "kotak mic" di sebalik baju Izzah..... Aduhai lah... Spoil mood!

5) Kenapa camera blur masa scene Fatin ajar Izzah di depan sign syarikat Sufiah Cemerlang? Cameraman tak cemerlang lah.. =__= tang surat Pak Dollah bagi Datuk Sufiah tu pun sama, scene tu bukankah agak penting juga.. atleast mau juga nampak dengan jelas isi surat tu.. 

6) Dear Izzah.. walaupun dirimu itu orang kampung.. hakikatnya orang kampung tidak bertudung begitu. Serabai. Bagi kemas lah sikit. And, xtau pula aku orang kampung yang baik budi pekerti sopan santun manis macam Izzah tu highlite rambut. =__=' maju juga ustazah ngaji ni ye. (Sangka baik - inai mungkin...) (~_^)

Jalan cerita memang lah ok.. obviously sebab ini kan adaptasi dari novel hebat. Walaupun banyak potong dari  yang asal. Lakonan pelakon-pelakon tidak perlu kecoh sangatlah.. mereka semua kan memang berbakat. Cuma aku rimas ngan Ibu Sufiah tu. tak sakit ke pinggang dia bejalan macam tu?? =__=' 

Konklusinya.. dari 5 bintang aku bagi 3. Oh, btw.. aku juga janggal sebab tiada airmata aku tumpah tengok wayang ini berbanding masa baca novel. Sekian.

No comments:

Post a Comment