Friday, December 02, 2011

Rara Zikry's

Semalam, 1 Dis 2011, nama Rara Zikry trending di twitterjaya. Sebagai seorang individu yang prihatin dan rajin, aku gugel la nama tu. Curious kenapa pemergiannya boleh sampai trending di twitterjaya. Ya, aku gugel. Aku bukan jenis yang kecoh2 bising dulu sebelum buat kajian. Bukan macam sesetengah noobs tu.. dah x tahu selidik la dulu sebelum twit bukan2.

Alkesahnya, selepas membuat beberapa pencarian aku jumpa la ceritera sebenar tentang Rara Zikry ni. Watch the video for more info bout Almarhumah Zarith Nadhira or also known as Rara Zikry.


Sesungguhnya, Rara ini memang sangat cantik. Masih muda belia remaja. Baru 23 tahun. Tapi Allah lebih menyayangi dia. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk  Rara.

Aku tidak pernah kenal siapa Rara. Tapi, aku tahu dia seorang yang kuat. Setahun menahan sakit dan koma itu pasti tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tapi itu adalah ketentuan Allah.

Cerita Rara sebenarnya terkesan di hati aku. Aku juga ada asthma. Baru-baru ni asthma tu menyerang aku dalam keadaan au sendiri tidak menduga akan sesakit dan seperit itu kesannya. Ya, sungguh asthma itu bila tiba masanya menyerang dalam keadaan amat perit, sakitnya tidak tertanggung. Susah bernafas bagai nyawa sudah dihujung lidah minta ditarik malaikat maut. Sungguh perit. Membaca cerita Rara membuat aku sedar mungkin masa aku juga akan tiba seperti dia. Membuat aku berfikir, pernahkah aku bersyukur dangan seikhlasnya dengan apa yang aku ada sekarang? cukupkah amalku untuk ku bawa ke alam barzakh? Maut tidak mengenal usia. Itu pasti.

Buat Arwah, al Fatihah. Semoga kau tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Buat keluarga Rara, semoga tabah menghadapi ujian ini. Perginya Rara pasti ada hikmah kerna Allah itu Maha Mengetahui. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment